II ~ Orang-orang yang Haram DiNikahi
14. Dua perempuan yang bukan saudara sedarah (kandung) tetapi saudara sepupu sebelah ibu atau ayah dibolehkan mengahwini lelaki yang sama pada satu masa. Ketika sepupu seorang perempuan bergelar isteri kepada seorang lelaki, perempuan itu boleh mengahwini lelaki tersebut. Hukum harus juga apabila isteri lelaki itu adalah ibu saudara sebelah ibu atau bapa yang jauh jaraknya. Anak saudara dengan ibu saudara yang jauh jaraknya (jarak kekelargaan) boleh mengahwini lelaki yang sama pada masa yang sama
15. Semua hubungan yang disebutkan, yang mana diharamkan atas sebab pertalian keturunan juga menjadi haram atas sebab pertalian susu. Erti kata lain, jika seorang bayi perempuan disusukan oleh seorang ibu susu,(bila cukup nisab), anak susuan tersebut tidak boleh berkahwin dengan suami kepada ibu susu tadi oleh sebab lelaki tadi telah dihubungkan sebagai bapa susuan. Perempuan yang disusukan oleh ibu susunya tidak boleh berkahwin dengan lelaki yang juga disusukan oleh ibu susu yang sama,juga tidak kepada anak lelaki ibu susu tadi kerana telah dianggap (secara sharak) ia anak ibu susu tadi. Semua bapa saudara lelaki sebelah ibu susuan dan ayah susuan dan anak saudara (anak adik beradik susu) sebelah ibu atau ayah juga haram kepada perempuan (anak susuan) ini tadi.
16. Jika dua perempuan disusukan oleh satu ibu susu, mereka tidak boleh mengahwini seorang lelaki pada satu masa. Erti kata lain, semua yang berkaitan antara adik perempuan dan kakak permpuan juga digunakan untuk adik-beradik susuan.
17. Seorang lelaki berzina dengan seorang perempuan. Sekarang adalah haram ibu perempuan tadi dan anaknya(kepada perempuan penzina) berkahwin dengan lelaki ini.
18. Merujuk kepada nafsu keremajaan, seorang perempuan menyentuh lelaki dengan niat jahat. Sekarang adalah haram ibu perempuan ini berkahwin dengan lelaki ini, dan begitu juga anaknya. Begitu juga, seorang lelaki menyentuh seorang perempuan dengan niat jahat, ibu perempuan itu dan anaknya adalah haram untuk lelaki tadi.
19. Di pertengahan malam, seorang lelaki ingin mengejutkan isterinya. Tanpa sengaja dia telah menyentuh anak perempuan atau ibu mertuanya. Dengan menyangka perempuan itu isterinya, dia menyentuh mereka dengan nafsu. Dengan ini adalah haram isteri lelaki itu ke atas isterinya selamanya. Tiada jalan untuk mengharuskan isteri tadi untuk lelaki itu lagi. Sangat perlu si suami menceraikan isterinya.
20. Jika seorang lelaki menyentuh ibu tirinya dengan niat jahat, perempuan tadi haram atas suaminya. Tiada lagi jalan untuk menghalalkan hubungan mereka. Jika si ibu tiri menyentuh anak tirinya dengan nafsu, peraturan yang sama berlaku.
21. Seorang Muslimah dilarang mengahwini lelaki dari agam lain. Dia hanya boleh berkahwin dengan lelaki Muslim sahaja.
22. Suami kepada seorang perempuan bercerai atau lelaki itu mati. Sebelum tamat tempoh ‘iddah, dia dilarang berkahwin.
23. Bila sahaja perempuan dikahwini, dia tidak boleh berkahwin dengan lelaki lain, melainkan dan sehingga dia bercerai (hidup atau mati) dan lengkap ‘iddah.
24. Jika seorang wanita tidak berkahwin dan mengandung kerana perzinaan, adalah harus mengahwininya. Namun dilarang bersetubuh sehinggalah bayi dilahirkan. Namun jika yang mengahwininya adalah yang berzina dengannya, maka diharuskan untuk bersetubuh setelah pernikahan.
25. Jika seorang lelaki \mempunyai empat isteri, dia tidak boleh mengahwini yang kelima. Jika dia menceraikan salah seorang isterinya, dia hanya boleh berkahwin setelah isteri yang diceraikan itu lengkap ‘iddah.
26. Perkahwinan antara Ahli Sunnah perempuan dan lelaki Syiah adalah tidak diharuskan menurut pandangan majority ulama
Nikah~Perkahwinan dalam Islam
Maulana Ashraf Ali Thanvi Rahmatullah Alaihi